Kerjaya muzik Khair Yasin

Kerjaya awal

Sebagai penulis dan penggubah lagu, Khair pernah menyumbangkan lagu bertajuk "Doa" yang dipersembahkan oleh Ramli Sarip. Beliau turut menyumbangkan lagu bertajuk "Payung Cinta" nyanyian Ruhil Amani. Khair juga ialah seorang penyair yang mana sajaknya sering dimuatkan dalam ruangan Sanggar Sastera dalam akhbar Berita Minggu di bawah nama pena Khayas. Sebelum Rausyanfikir ditubuhkan, Khair pernah bergiat aktif bersama Kumpulan Pemuisi Remaja (Kupuja).[3]

Rausyanfikir

Rencana utama: Rausyanfikir

Pada tahun 1991, Khair telah bersama-sama rakannya Mohd Esham Jamil dan Fazil Sultan menubuhkan kumpulan Rausyanfikir, istilah Parsi untuk "pemikir". Album sulung mereka yang mengambil nama kumpulan ini sebagai tajuk album dikeluarkan pada tahun 1992 yang mana ia terjual lebih 25,000 unit di Malaysia dan Singapura.[4][5]

Album kedua mereka, Rusuhan Fikiran telah dikeluarkan pada tahun 1994 dengan tujuan untuk menyampaikan mesej sosial yang serius menggunakan lagu-lagu yang menarik. Album itu berjaya, dan salah satu single, "Dikir Fikir Fikir", memenangi anugerah Persatuan Komposer dan Pengarang Singapura (COMPASS) untuk lagu Melayu tempatan teratas pada tahun 1997.[6]

Pada tahun 1997, berikutan kematian Esham Jamil, Rausyanfikir menghentikan aktiviti muzik mereka. Hanya pada tahun 2011, beliau bersama Art bersatu semula dan melancarkan album Revolusi Rausyanfikir – kompilasi lagu hits Rausyanfikir sebelum ini, serta dua lagu baharu.[7]

Sirrfillsirr

Pada tahun 2005, Khair menubuhkan kumpulan Sirrfillsirr (bermaksud "rahsia di dalam rahsia") yang mengetengahkan muzik pop kerohanian. Kumpulan ini turut dianggotai oleh Isa Kamari dan Tarmizi Mokhtar. Album sulung mereka, Cinta Arafah dikeluarkan pada tahun yang sama.[8][9]

Rujukan

WikiPedia: Khair Yasin http://sungguh.com/index.php?option=com_k2&view=it... http://cyberita.asia1.com.sg/ekstra/khayas-kongsi-... http://compass.org.sg/annual03.html https://www.discogs.com/artist/5795641-Mohd-Khair-... https://www.thestar.com.my/news/community/2007/04/... https://web.archive.org/web/20080518204451/http://... https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised... https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised... https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised... https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised...